Quantcast
Channel: Budak Gemuk
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2039

Drama Black Musim 2 (Viu)

$
0
0

Drama Black Musim 2 (Viu). Bagi yang pernah tengok BLACK SEASON 1 yang dulu, Musim baru ni mesti menjanjikan aksi yang lebih menarik. Kamal adli dan Siti Saleha masih membawa watak utama dalam siri ini dan anda mungkin tak tahu yang drama ini diadaptasi dari drama korea tau. Patut jalan cerita dia menarik dan best.  


TAJUK| Drama Black Musim 2 (Viu)

Hanya memiliki 8 episod keseluruhan dan mula di tayangkan sejak 10 jun 2021 yang lalu. Drama Black ini ditayangkan pada setiap hari khamis di saluran Viu.com.


Drama Black Musim 2 (Viu)


Watak utama dalam cerita ni adalah kamal adli yang berlakon sebagai Detektif Malik, Black dan 444. Manakala siti saleha pula sebagai Sofia. Dr Aisya pula dilakonkan oleh Nabila Huda dan Khir Rahman sebagai Detektif Borhan.

Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Zoey Rahman, Adlin Aman Ramlie, Pablo Amirul, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Azman Hassan, Juzzthin, Josiah Hogan, Riz Amin, Zahim Al-Bakri, Zarynn Min, Luqman Hafidz, Amir Ameeza, Aleza Shadan, Airil Hafiz  Nada Syuhada, Hashim Osman, Rusdi Ramli, Zain Hamid, Derrick, Shekean Waida, Silfeny Osma

SINOPSIS

Cerita BLACK SEASON 2 ini mengisahkankan tentang Black (Kamal Adli) yang merupakan makhluk Bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia.


Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia (Siti Saleha).


Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Aisya (Nabila Huda), kekasih Detektif Malik.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2039