Reza kena Ugut? Ringkasan Drama Love Elsa Episod 10. Haiihh makin mencabar episod ke sepuluh ni. Baiklah aku cuba kongsikan sinopsis sebaik mungkin ya. Korang baca elok-elok tau. sebelum tu aku nak bagi tau Kamarul dah keluar penjara? Seriuslah.. Cuak juga aku tengok bila dia dah keluarkan. tapi untuk episod kali ni, dia keluar time hujung-hujung ja. nak tahu sambungan dia kena tunggu episod 11 lak.
Jadi kalau korang nak tahu, jom baca drama love elsa episod 10 dibawah ni ya.
Reza kena Ugut? Ringkasan Drama Love Elsa Episod 10
Reza jumpa uncle dia dekat rumah lepas dia tahu kamarul nak lari dari rumah. Kebetulan kamarul nak keluar dan mereka berdua terserampak.
Reza bagitau yang kamarul pukul dan culik dia. Reza tak kisah apa yang dia kena tapi dia kesah apa yang kamarul buat dekat Syafini. Kejam sangat sampai kena bunuh dia.
Kamarul akhirnya kena tangkap. Dia tak sempat nak lari pun.
Mona pergi jumpa amara dekat rumah amara. Mona bagitau yang abah amara yang nak ubah suai rumah nenek dia. Amara kata dia tak setuju halau amara keluar dari rumah tu.
Amara terkejut. Last2 mona bagi amara duduk rumah amara tu sampai bila-bila pun. Dia tak kisah siap nak cover amara lagi kalau nenek amara bising.
tapi kenapa tiba-tiba?
Amara perli mona, mungkin hubungan tuan elias dengan dia jadi macam tu sebab jarak usia mereka berdua tu.
Reza dapat bodyguard baru, nama dia rauf.
Tuan elias booking tiket untuk holiday buat isteri dia Mona. Dia nak spend time dengan mona sehabis baik.
Tapi mona pula nampak tak excited.
Uncle wahid pun tak kisah nak serahkan syarikat tu pada reza. sebab dia tau Reza ada hak keatas syarikat tu.
Uncle wahid bagi ugutan dekat reza, dia boleh bagi syarikat tu cuma dia tak mau reza bagi kenyataan menentang ketika pendakwaan kamarul.
Imran jumpa Amara dekat kedai bunga amara kerja tu.
Dalam dok berbual-bual tu, Amara tersentuh tangan dengan Imran. Amara nampak semuanya.Dia nampak Imran tu siapa.
Amara pun nampak plan Mak Imran yang dia suruh Imran hapuskan reza.Mak Imran berjaya hapuskan maria omar iaitu mak reza.
Rezza bertegas untuk tak terima tawaran uncle wahid dia tadi. Dia tetap nak bagitau mahkamah perkara yang sebenar.
Uncle wahid merayu untuk reza agar tak terlibat dalam pendakwaan kamarul.
Reza cerita pasal uncle wahid dekat reza. Amara bagi tahu juga pasal imran dan apa yang dia nampak lepas tersentuh tangan dengan imran.
Maria omar arwah mama reza. Imran baggitau sofia, kata dia tak kisah pun dapat hak dia atau pun tidak . Dia buat semua ni sebab mak dia ja yang suruh. Dia nak puaskan hati mak dia jer.
Lepas lunch dengan Amara, Reza ternampak mak tiri amara dengan lelaki lain yang juga merupakan staf syarikat dia. * abang senior yang dok suruh reza respek dia tu. hahaha.
Amara ceritalah dia pelik dengan mak tiri dia dekat reza. Yerlah siapa tak pelik sebab dia tiba-tiba jadi baik kan. Reza pula baru nampak mak tiri amara dengan laki lain, jadi dia pun dah syak ada something lah tu..
Uncle Wahid pergi bebaskan kamarul.