Quantcast
Channel: Budak Gemuk
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2039

DRAMA LOVE ELSA EPISOD 16 FULL

$
0
0

DRAMA LOVE ELSA EPISOD 16 FULL. Hai semua! korang dah tengok ke episod semalam ni? Macam ni, episod 16 ni banyak cerita pasal keluarga amara. Tuan elias bergaduh dengan mona dan yang paling penting Amara bawa Reza jumpa Tuan elias sebab dia nak kawin dengan reza. Tuan Elias happy sangat sehinggakan Mona cemburu. Fuhh susah ni kalau cemburu dengan anak tiri sendiri kan. hehe. Dalam episod ni juga Result DNA test Reza dan Imran dah keluar. Kalau nak tahu keputusan dia baca dekat bawah na. berikut merupakan sinopsis DRAMA LOVE ELSA EPISOD 16 FULL  untuk bacaan anda.

DRAMA LOVE ELSA EPISOD 16 FULL


DRAMA LOVE ELSA EPISOD 16 FULL 

Reza dapat nota dalam nota tu dia suruh reza pergi satu tempat ni, Rauf pun ikut sekali.

Rupanya Amara yang bagi nota tu dekat Reza. Amara nak celebrate hari jadi reza tapi sebenarnya haritu bukan hari jadi reza pun.

Reza tanya macam mana dapat tahu tarikh tu hari jadi dia, Amara pun cakap dia dapat info dari RAUF. tergelak Reza. Lepas tu diorang bincang pasal majlis perkahwinan diorang.

Mona nak cuba berbaik semula dengan Tuan Elias. Tapi Tuan Elias reject. Tuan Elias makin pelik dengan mona.

Uncle wahid bagitau kamarul yang dia dah handover posisi syarikat tu dekat reza. Kamarul kata tak kan nak biarkan macam tu ja? Uncle wahid kata kamarul ada beberapa cadangan ke nak handle benda tu?




Uncle zamir terus nasihat amara untuk bawa reza untuk jumpa tuan elias untuk dapat restu. Amara minta uncle zamir ja jadi wali tapi tak boleh sebab dia tak ada pertalian darah dengan amara.

Lepastu reza bawa amara jumpa madam qistina pula. Lepas tu Madam qistina terpegang tangan amara dan amara nampak sejarah hidup madam qistina.

Dia nampak, madam qistina jumpa papa reza dan papa reza tu rasa bersalah terhadap maria bekas isteri dia tu yang juga mama reza. Terkejut amara.

Amara bagitahu reza pasal madam qistina minta sofea spy imran. Amara tanya sama ada reza percyakan madam qistina tu ke tak? Reza kata dia hanya percayakan amara saja sekarang ni.

Mona jumpa Azman dan dia bagitahu yang tuan elias selalu check whatsapp dia. 

Uncle wahid tahu yang amara ada kebolehan untuk baca hati orang lain sebab tu dia kata reza gunakan amara untuk spy syarikat tu. Tapi Reza nafikan dia.

Reza minta uncle wahid stay dalam syarikat tu tapi dia tak mau, dia nak buka syarikat baru dan bersaing dengan syarikat reza nanti. Tapi aku rasa uncle wahid ni dah ada plan lain ni..

Amara bawa reza jumpa tuan elias, mona dan nenek. Alhamdulillah tuan elias macam happy bila amara akan kawin dengan reza. Tuan Elias kata dekat amara yang dia nak hadiahkan rumah kepada amara sebagai hadiah perkahwinan.

Mona naik angin sebab elias tak bincang dulu dengan dia. Amara kata tak pa.

Dalam perjalanan pulang tu, reza tanya secara jokes lah kenapa tuan elias dan mona masih bersam eh?

Amara kata mungkin sebab ego kot. Tuan elias tak mau berpisah sebab takut dia rasa saalh tinggalkan mak amara dulu. Mungkin mona rasa money can buy happiness.

Uncle wahid bincang dengan kamarul macam mana nak buat lepas ni. Kamarul masih dendam dengan reza. Uncle wahid bagitahu yang reza akan tolong dia balik. uncle wahid juga bagitau yang reza offer lembaga pengarah balik kepada dia dan kamarul pelik sebab uncle wahid tak terima benda tu.

Uncle wahid masih sayangkan dan percayakan reza.

RESULT DNA TEST DAH KELUAR !!

Doktor tu kata reza dan imran tak ada pertalian darah yang rapat dan secara mudahnya mereka ada dua ibu ayah yang berbeza. 

Imran tak boleh terima kenyataan yang dia tak ada apa-apa pertalian darah dengan reza.

Imran cakap dia yakin dia anak adam hakim, siap tanya reza kau yakin kau anak adam hakim? reza tergelak jap dan reza kata kau perlukan masa tuk hadam benda tu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2039

Trending Articles