Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa. Tidak lama lagi akan ditayangkan sebuah drama baru lakonan pelakon hebat iaitu Aaron Aziz dan juga Sophia Barakhbah. Drama ini juga akan menggantikan drama kau cipta kasih yang telah selesai tayangnya. Macam manalah jalan cerita drama aaron aziz nikan. hehe jom sambung baca sinopsis drama suamiku lelaki pendosa di bawah ini. bagi yang tak tahu, drama ini di adaptasi juga dari sebuah novel. jom aku cerita dekat bawah.
Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Aku nak kongsikan sinopsis drama suamiku lelaki pendosa ini mengisahkan tentang jejaka lelaki yang sempurna, kacak dan sado. Dia juga boleh dikatakan complete dari setiap sudut.
Masalah mamat ni pula, dia lebih cenderung kepada hubungan sejenis. jahat sungguh mamat ni. Tetapi dengan kehadiran dan sokongan isterinya, hidup dean berubah sekelip mata. Isterinya bernama cahaya malaika.
Pada mulanya, Hidup bahagia cahaya malaika berubah selepas dia mengetahui yang dia bukan anak kandung encik firdaus.
Geram dan marah menyebabkan pertunangan dia dengan nik safri diputuskan dan pada masa yang sama dia menerima penghinaan dari mereka kerana dia di anggap anak tak sah taraf.
Sebab itu, hidup cahaya malaika berubah. Dari seorang periang kepada manusia yang terpaksa menanggung akibat yang tidak di lakukannya.
Pada satu hari, Ibu Dean sangat mahukan cahaya berkahwin dengan dean. Lepas tu, dia nak cepat untuk melangsungkan perkahwinan. bahkan majlis besar besaran dah dirancang pun oleh ibu dean iaitu datin junaidah.
Dean pun ikhlas nak terima cahaya tanpa mengungkit kisah silam cahaya.
Punca datin junaidah atau ibu dean nak cahaya kawin cepat dengan dean adalah dia nak pisahkan dean dengan kawan baiknya iaitu izfairin. ini yang menjadi punca dean tak suka kan perempuan sebaliknya dengan rakan sejenis.
👇👇
Untuk kaki drama!!
Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!
Dugaan rumah tangga cahaya malaika dan dean teruji apabila, cahaya nak tinggalkan dean. tapi dean merayu supaya cahaya tak tinggalkan dia.Selepas itu, cahaya mahu letak syarat.
Syaratnya adalah dia nak dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.
Dapatkah dean berubah dari fikiran songsang ke fikiran lelaki sebenar? adakah dia juga merima syarat cahaya dan kembali kepada rumah tangganya? kalau nak tahu, kenalah tengok drama ni sampai habis tau.
itulah Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa untuk korang.
Info drama suamiku lelaki pendosa
korang dah baca Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa? Drama ini boleh dikatakan panjang jugalah kerana ia mempunyai 28 episod dan mula ditayangkan pada 9 febuari 2022 tau.
Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam di slot samarinda. Bagi yang tak tahu, drama ini di arahkan oleh Eyra Rahman untuk produksi global station sdn bhd.
Tadi aku ada cakap yang cerita ini diadaptasi dari novelkan. ni aku nak bagitahu yang Drama Suamiku lelaki pendosa adalah adaptasi dari novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah.
Watak Pelakon Dalam drama suamiku lelaki pendosa.
Kita dah tahu, pelakon utamanya adalah aaron aziz yang membawa watak sebagai dean ilyas. begitu juga dengan sophia barakbah yang melakonkan watak sebagai cahaya malaika.
Selain itu, kita juga ada pelakon Shima Anuar sebagai Anggun Dania dan pelakon Gambit Saifullah sebagai Izfairin.
Tambahan pula, kita ada pelakon hebat seperti Fauzi Nawawi sebagai Firdaus dan Maria Farida sebagai Datin Junaidah.
Jalan cerita drama ini turut dikuatkan dengan pelakon-pelakon lain seperti Aleza Shadan, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Faez Malek dan Fiza Thomas.
Selain itu, kita juga ada pelakon Kael, Annie Mosha, Anne Abdullah, Ungku Hariz, Faez Malek, Ieda Moin, Betty Banafee dan juga Auni Zahra.
Sebenarnya bila dah tahu pelakon yang ada dalam drama ni, aku rasa drama ini sangat menarik untuk di tonton.
Oleh itu, jangan lupa tau untuk tonton drama 28 episod ini di tv 3. jom kongsikan Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa di facebook korang tau.