Biodata Cliff Umar Juara GV7. Penyanyi bersuara serak, Cliff umar beragama Islam dan dia merupakan seorang mualaf keturunan Serani. Cliff pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi di Klang, Selangor. Beliau terpisah daripada ibunya sejak kecil dan kembali bertemu dengan ibunya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kehidupan peribadi cliff umar menjadi sebutan ramai. Betulkan cliff ada dua isteri? Sebenarnya isu ini pernah dijawab oleh dirinya sendiri. aku petik dari carian aku di kosmo ya.
“Begini sebenarnya, saya hanya ada seorang isteri namun masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri.
“Dengan bekas isteri kami mempunyai tiga orang anak bersama. Isteri yang sekarang kami ada seorang anak. Saya dan bekas isteri kekalkan hubungan baik demi anak-anak,” katanya.
Cliff mendedahkan, dia sudah bercerai dengan isteri pertamanya Zurini Abdullah, seorang bekas pramugari pada 2016 dan berkahwin semula dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya pada 2017.
Biodata Cliff Umar Juara GV7
Berikut merupakan biodata cliff umar yang akan menyertai allstar gegar vaganza 2023 atau GV10. Pasti ramai peminat dia nak berkenalan dengan jejaka ini kan.
Nama PENUH : Clifford Hugh Joseph
Nama Artis : Cliff Umar
Nama Islam : Umar Joseph Abdullah
Tarikh Lahir : 22 Disember 1982 (umur 40)
GenreRock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2000–kini
Cliff merupakan salah seorang vokalis kumpulan Projek Pistol dan menyertai gegar vaganza 7 pada tahun 2020.
Bermula di kelab malam, kemudian cliff umar menyertai projek pistol bersama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Edry Hashim (gitar), Zham Badri (bes) dan Pae Nasir (dram).
Gegar Vaganza 2020
Cliff ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.
Berikut ialah senarai lagu yang dinyanyikan oleh cliff umar sepanjang musim tersebut
Minggu 1Wanita Seluruh Dunia
Minggu 2Hanyut
Minggu 3Keroncong Untuk Ana
Minggu 4Dialah di Hati
Minggu 5Sedang Ingin Bercinta
Minggu 6Smooth
Minggu 7Rozana
Minggu 8Pesanan Buat Kekasih
Minggu 9Hoi Fut Tin Hung dan Tercipta Untukku
Minggu 10Nakal dan I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That)
Penutup
Akhir sekali, kami harap perkongsian mengenai biodata cliff umar ini dapat memberi gambaran dan perkenalan kepada juara gv7 ini. Semoga cliff terus sukses dalam dunia seni tanah air ya.