Quantcast
Channel: Budak Gemuk
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2039

Senarai Pelakon Drama Budak Tebing (TV3) 2020

$
0
0
Senarai Pelakon Drama Budak Tebing (TV3) 2020. Nantikan drama bersiri 'Budak Tebing' di slot Lestary TV3. Dibarisi pelakon seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Feroz Kader.

JUDUL : BUDAK TEBING
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

Senarai Pelakon Drama Budak Tebing (TV3) 2020


SIARAN TV : Slot Lestary TV3
Ini dia senarai pelakon drama budak tebing yang terdiri daripada  Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris


Senarai Pelakon Drama Budak Tebing (TV3) 2020


SINOPSIS BUDAK TEBING

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.




Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Senarai Pelakon Drama Budak Tebing (TV3) 2020

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?

Jom kongsikan nama-nama pelakon drama budak tebing ini di facebook korang ya.
Terima kasih.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2039