Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020. Salah satu drama yang diminati ramai adalah drama ini. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz dan juga Siti Elizad. Mungkin anda dah tengok cerita ini tapi tak salah untuk baca sinopsis dia kan. hehe.
![Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020 Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020]()
Mengisahkan kehidupan keluarga kaya yang terpalit dengan isu ajaran sesat. Jom baca di bawah.
Inara (Elizad Sharifuddin) kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah ‘dihidupkan semula’, Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini. Ibu bapa Inara, iaitu Asyirah (Aleza Shadan) dan Zaqwan (Dato’ Jalaluddin Hassan) gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’. Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang berbeza dengan golongan ekstrimis ‘Gerakan Elit’.

Inara kemudian bertemu Hamzah (Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana. Apabila Hamzah bertemu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun Inara pada mulanya menolak untuk cinta Hamzah, dia berasa selesa dan selamat di samping Hamzah. Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan menyelamatkan ibu bapa Inara dari ajaran sesat yang dipraktikkan oleh mereka.
Hamzah mendapatkan sokongan dari gurunya di kampung, dan mereka membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat tersebut dan mencari jalan untuk menyelamatkan ibu bapa Inara daripada kumpulan tersebut. Namun, apa yang mereka pelajari daripada kumpulan tersebut sangat mengejutkan. Ahli-ahli ajaran sesat tersebut sangat licik, pengkhianat dan berkelakuan ganas. Inara dan Hamzah menghadapi pelbagai cabaran dan banyak berkorban sepanjang mengikuti kumpulan tersebut. Akhirnya, dengan rahmat Tuhan, mereka berjaya menyelamatkan ibu bapa Inara dari kumpulan tersebut.
![Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020 Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020]()

Mengisahkan kehidupan keluarga kaya yang terpalit dengan isu ajaran sesat. Jom baca di bawah.
SINOPSIS JALAN SESAT KE SYURGA